SELAMAT DATANG KE LILYNERLY LILY.BLOGSPOT.COM

kekwawanKYUH

Rabu, 21 Mac 2012

sambungan ke-2 MENJADI ISTERI YG SOLEHAH DI SAMPING SUAMI...

ahaiii..maaf lah sebabb buat korang tertunggu.heee tp memang saje pon ieda nak wat cam tu kat korang, ehhh (jaat btl lah ieda nie).. ok jom kita sambung baca artikel ini eah....


Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. "aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku lagi, jgn pernah kau buat dia menangis." Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. "ingat !! aku dapat tahu hidup kau juga sengsara!! Jangan kau buat perangai buruk kau tu. aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?? "Aiman mengangguk. Huh, garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. "cuba teka ini siapa?" kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumannya terukir apabila mendengar suara Syahirah. "hmmm, Tom Cruise.." main-main Aiman. "Salah!" Tom Cruise tak reti cakap melayu! " Aiman ketawa. "hm, Hj. Amran." Syahirah pula ketawa. "Salah! Hj. Amran dekat Johor. "ha!! Tahu..tahu Syah!" Syahirah kerut dahi kerut dahi. "Syah mana?" Syahirah. "Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.


Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ni nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yg Syahirah ini jenis yg ceria dan dia pula jenis yg boleh je "masuk". "abang buat apa?" tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah." "tanya apa?"  "er.. kenapa awak  terima lamaran abah  untuk  khawin  dengan saya?"  "sebab Allah".  Aiman diam sebentar,  "tak fhm."  "saya buat solat  istiharah.  Minta petunjuk dari-Nya."  Aiman  senyap. Rasanya  tak ada  apa  yg hendak  di katkan  lagi.  Sebak  tiba-tiba.


Seminggu berlalu.."Abang, saya  tak  reti  masak" Kata Syahirah  yg  tengah  bercekak pinggang  di dapur itu. Terkejut juga  Aiman. Nak mkn  apa  kalau  isterinya ni  tak  reti masak - hari-hari mkn kedai bankrup lah. dah lah  abah tak  bagi duit  banyak. Nak berkata  sesuatu  tetapi tak  terluah  sebab teringat ayat  dalam diari  isterinya. "Lelaki  bising perempuan  tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti  jadi imam itu!"  Walaupun ayat itu di tulis  dalam diari  dan bertarikh sblm mrk  bernikah lagi  tetapi amat  terkesan  dlm hati Aiman. "macam mana ini bang?"  kata Syahirah sayu, Aiman  menggaru  kepala. Tak tahu nak  jawab  apa. "tak apalah, lepas ni  kita sama-sama  belajar  masak."


"maap ya abang... "Aiman senyum. "tak apa."  Aiman keluar  dari  dapur. Syahirah  rasa  bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar  masak. Buat  malu je. Sedang Syahirah  berfikir di bar dapur ! Aiman masuk  dengan  membawa  lapto. "abang nak buat apa bawa laptop ke dapur? "Belajar masak guna internet." Aiman senyum dan  mengangkat kening. Syahirah senyum. "huish masin."  komen Syahirah. Aiman mengambil gula di hdpn isterinya itu. "abang kan yg masak ni." Kata  Syahirah lagi. Aiman  rasa dan  ketawa. "okey lah ni, ha, awak punya sayur ni tawar! tak rasa  apa-apas. "komen Aiman pulah. "okey apa.."  "is okay. Gulai itu byk garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai syur."  "boleh  ke  macm itu?" "boleh je." Okay.  dah makan  cepat. nanti sempat nak  siapp pergi  surau. "Aiman langsung tak sedar apa  yang  dia  cakap.

Isnin, 19 Mac 2012

menjadi ISTERI YG SOLEHA di samping SUAMI


hai..semua, dah lama sy tak sentuh blog ini kan..hee, untuk pagi selasa nak share lah satu cerita ini..dan saya harapkan korang semua terhibur lah..ini kita boleh mengambil nya untuk masa hadapan kita... :)


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen-ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Iman yang bermaksud akan masuk waktu..solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusuk membelek laptop di hadapan. "abang,  magribh dah nak masuk. Kita jemaah ya."

Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh khawin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu apa suruh. Okay, salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


Okay,  salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya, abag khawinkan aku dengan Siti Syahirah Binti Hj. Amran. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat kepala batas, Pulau pinang ini. Itu okay lagi, abah ambik kereta sport aku-dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ni Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni,  aku dah nak gila. Belum seminggu lagi, Kalau sebulan? Huh.


" abang dengar tak ?". Macam cakap dengan laptop tu je. "hm, saya sembahyang dekat surau." Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. "saya ikut. Jap saya siap." Si isteri pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? "abang, dah siap." Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! "abang..?" Aiman tersedar. "Jom". Kunci kereta di atas di capai."Saya bawa kereta awak, tak kisah?" tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah tersenyum. "harta saya harta abang jua." Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta- hanya dengar radio - hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa. Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. "abang, suarau belok kiri tu." Aiman hanya diam. Malu. kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan sarau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh, mana bawak kopiah ke? songkok ke?? "err. Ira.. "Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. "Ya??" "okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kena halau ke nanti?" Syahirah senyum. "jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana - NYA, InsyaAllah. Pakaian abang ni dah okey dah ni." Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. "jom." Ajak Syahirah. "hmm." Enjin kereta dimatikan.


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi cermah tentang solat. "solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama." Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. "saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba." Aku tak adalah baik sangat. Kenapala kau khawin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama ! aku dah jauh terpesong ! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengamun. televisyen di hadapan itu dipandang kosong.


** tunggu lah sambungan dia..nantikan dan selamat membaca!!! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...