SELAMAT DATANG KE LILYNERLY LILY.BLOGSPOT.COM

kekwawanKYUH

Isnin, 19 Mac 2012

menjadi ISTERI YG SOLEHA di samping SUAMI


hai..semua, dah lama sy tak sentuh blog ini kan..hee, untuk pagi selasa nak share lah satu cerita ini..dan saya harapkan korang semua terhibur lah..ini kita boleh mengambil nya untuk masa hadapan kita... :)


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen-ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Iman yang bermaksud akan masuk waktu..solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusuk membelek laptop di hadapan. "abang,  magribh dah nak masuk. Kita jemaah ya."

Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh khawin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu apa suruh. Okay, salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


Okay,  salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya, abag khawinkan aku dengan Siti Syahirah Binti Hj. Amran. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat kepala batas, Pulau pinang ini. Itu okay lagi, abah ambik kereta sport aku-dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ni Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni,  aku dah nak gila. Belum seminggu lagi, Kalau sebulan? Huh.


" abang dengar tak ?". Macam cakap dengan laptop tu je. "hm, saya sembahyang dekat surau." Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. "saya ikut. Jap saya siap." Si isteri pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? "abang, dah siap." Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! "abang..?" Aiman tersedar. "Jom". Kunci kereta di atas di capai."Saya bawa kereta awak, tak kisah?" tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah tersenyum. "harta saya harta abang jua." Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta- hanya dengar radio - hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa. Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. "abang, suarau belok kiri tu." Aiman hanya diam. Malu. kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan sarau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh, mana bawak kopiah ke? songkok ke?? "err. Ira.. "Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. "Ya??" "okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kena halau ke nanti?" Syahirah senyum. "jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana - NYA, InsyaAllah. Pakaian abang ni dah okey dah ni." Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. "jom." Ajak Syahirah. "hmm." Enjin kereta dimatikan.


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi cermah tentang solat. "solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama." Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. "saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba." Aku tak adalah baik sangat. Kenapala kau khawin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama ! aku dah jauh terpesong ! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengamun. televisyen di hadapan itu dipandang kosong.


** tunggu lah sambungan dia..nantikan dan selamat membaca!!! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...