SELAMAT DATANG KE LILYNERLY LILY.BLOGSPOT.COM

kekwawanKYUH

Khamis, 20 Disember 2012

Jumaat yang indah - Suram

Salam Jumaat.

Biasanya kita mesti dengar atau terbaca mood yang ceria disebabkan hari jumaat. Selalu nya hari jumaat membawa kecerian dihati kita, betul x?? tapi xtahu lah jika hanya segelintir sahaja.

Kenapa saya cakap begitu, kerana diri sendiri merasa kan tidak begitu happy di hari jumaat indah ini. Disebabkan beberapa perkara yang mengrunsingkan di kepala ini dan terbawa kepada emosi perasaan hati. Ada juga CUBA elakkan dari terbawa perasaan ini, tapi masih tak berjaya untuk menepis kerana ia betul-betul menyentuh perasaan hati dan sering bermain di fikiran.

Tetapi saya tidak boleh lah untuk mencurahkan apa punca nya, kerana saya tidak mahu mengaibkan orang itu. Biarlah antara kami sahaja yang tahu. Bukan disebabkan kedekut atau mengada-gada, cuma tidak mahu membuka aib orang lain..saya masih lagi hormat kepadanya.

Cuma dihati ini nak menconteng sahaja, tapi isi tiada haaa..itu sahaja.tapi yang pasti hati ini terasa sakit dan bermain dengan perasaan sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...