SELAMAT DATANG KE LILYNERLY LILY.BLOGSPOT.COM

kekwawanKYUH

Isnin, 22 April 2013

Ikan Keli Belada

Bahan-bahan
2  Ikan keli
Serbuk kunyit dan sedikit garam (utk digaulkan bersama ikan keli)
**3  Biji bawang merah
**4  Ulas bawang putih
**2  Biji  lada merah (bagi yang mahu pedas boleh guna cili padi)
Sedikit garam
Sedikit gula
1/2  biji limau nipis )diperah dan diambil jusnya) boleh juga dengan air asam jawa atau limau kasturi.
Sedidkit minyak utk menumis.

Cara-cara :
Gorengkan ikan keli yang telah digaul bersama2 dengan kunyit dan garam. Ketepikan.



Kisarkan  bahan-bahan yang bertanda **.
Tumiskan bahan2 yang dikisar tadi sehingga cili benar2 masak.
Masukkan garam dan gul secukuo rasa.
Masukkan perhan jus limmau nipis dan gaul rata.
Apabila sudah masak, tuangkan ke atas ikan keli dan siap untuk dihidangkan.

Petua Untuk Ikan Keli

  • Jika beli ikan keli hidup, cara untuk mematikannya dengan merendam ikan keli ke dalam besen atau bekas bersesuaian dengan segenggam garam kasar..biarkan selam setengah hingga satu jam.
  • Untuk membersihkan ikan keli, rendam ikan keli dengan garam kasar, limau nipis atau asam jawa selama 15 minit.. selepas itu, ikan keli bolehlah dibersihkan dengan menggosol limau nipis ke atas badan ikan, bagi menghilangkan lendir2 yang biasanya melekat pada badan ikan keli. Lepas tu dibersihkan ikan keli dengan air biasa sebelum dilumur dengan garam dan serbuk kunyit sebelum digoreng..
##selamat#mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...