1 Cawan susu cair
1 Cawan susu pekat
1 Cawan gula castor
1 Cawan minyak jagung / masak
Bahan B : Diayak
3/4 Cawan tepung gandum
1 Sudu teh soda bicarbonate
1 Sudu teh baking powder
Bahan C :
4 biji telur gred A (diblender)
- Sila panaskan pengukus dahulu.
- Tuangkan kesemua bahan A ke dalam periuk, masak atas api sederhana , minyak dan bahan tadi sehingga sebati. Sentiasa kacau menggunakan whisk. Bila sudah sebati matikan api.
- Ambil bahan B yg telah di ayak tadi dan campurkan ke dalam bahan A yang masih panas tadi. Kacau guna whisk sampai sebati.
- Seterusnya tuangkan telur yg sudah diblender tadi. Kacau lagi sehingga sebati.
- Ambil loyang 8 @ 9 inci griskan majerin / butter di dalamnya.
- Tuangkan adunan kek coklat tadi ke dalam loyang dan masukkan ke dalam pengukus yg sudah dipanaskan. Masak lebih kurang 35-45 miniy mengikut ketebalan kek anda.
- Sila tutup penutup pengukus menggunakan kain supaya air tidak menitis.
- Bila sudah masak, biarkan sejuk seketika dan keluarkan kek dari loyang. Kemudian potong kepada 3 bahagian, hati-hati ye ketika belah kek sangat lembut dan mudah pecah.
Filling Mouse Coklat :
500 ml non-diary whipping (bukan tenusu)
1 1/2 sudu gelatin halal ( cairkan bersama 2 sudu besar air panas )
200gm coklat masakan, cairkan guna kaedah double boiler.
- Tuang whipping cream td dalam mangkuk dan putar sehingga kental / bertanduk.
- Sediakan mangkuk / bekas yang besar ketika memukul non-diary whipping cream tadi kerana dia akan mengembang 2kali ganda.
- Apabila sudah kembang, masukkan coklat masakan yg telah cairkan tadi dan putar lagi sehingga sebati.
- Seterusnya masukkan gelatin dan putar lagi sebati. Asingkan.
Topping :
1/2 Cawan koko
5 Sudu besar susu pekat
2 Sudu besar butter
2 Sudu besar susu segar
Campur kesemua bahan, masak guna kaedah double boiler. Kacau sebati dan asingkan.
Cara Melapis :
- Ambil 1 bahagian kek yg telah dibahagi 3 tadi, letakkan atas dulang / pinggan rata.
- Sapukan mousse coklat di atasnya mengikut ketebalan yg anda suka.
- Ulang step td sampai habis, apabila sudah melapis 3 bahagian tadi tuang lebihan mousse di atasnya dan sapu rata mousse di sekeliling dan di tepi bahagian kek, kemaskan.
- Simpan dalam peti ais dalam 30-45minit suppaya mousse tadi mengeras sedikit.
- Keluarkan dari peti ais dan tuangkan topping coklat tadi di atasnya, sapu rata ke semua bahagian.
- Hiaskan, masuk dalam peti ais seketika dan boleh dihidangkan :)