SELAMAT DATANG KE LILYNERLY LILY.BLOGSPOT.COM

kekwawanKYUH

Isnin, 19 Mac 2012

menjadi ISTERI YG SOLEHA di samping SUAMI


hai..semua, dah lama sy tak sentuh blog ini kan..hee, untuk pagi selasa nak share lah satu cerita ini..dan saya harapkan korang semua terhibur lah..ini kita boleh mengambil nya untuk masa hadapan kita... :)


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen-ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Iman yang bermaksud akan masuk waktu..solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusuk membelek laptop di hadapan. "abang,  magribh dah nak masuk. Kita jemaah ya."

Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh khawin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu apa suruh. Okay, salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


Okay,  salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya, abag khawinkan aku dengan Siti Syahirah Binti Hj. Amran. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat kepala batas, Pulau pinang ini. Itu okay lagi, abah ambik kereta sport aku-dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ni Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni,  aku dah nak gila. Belum seminggu lagi, Kalau sebulan? Huh.


" abang dengar tak ?". Macam cakap dengan laptop tu je. "hm, saya sembahyang dekat surau." Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. "saya ikut. Jap saya siap." Si isteri pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? "abang, dah siap." Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! "abang..?" Aiman tersedar. "Jom". Kunci kereta di atas di capai."Saya bawa kereta awak, tak kisah?" tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah tersenyum. "harta saya harta abang jua." Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta- hanya dengar radio - hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa. Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. "abang, suarau belok kiri tu." Aiman hanya diam. Malu. kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan sarau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh, mana bawak kopiah ke? songkok ke?? "err. Ira.. "Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. "Ya??" "okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kena halau ke nanti?" Syahirah senyum. "jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana - NYA, InsyaAllah. Pakaian abang ni dah okey dah ni." Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. "jom." Ajak Syahirah. "hmm." Enjin kereta dimatikan.


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi cermah tentang solat. "solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama." Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. "saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba." Aku tak adalah baik sangat. Kenapala kau khawin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama ! aku dah jauh terpesong ! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengamun. televisyen di hadapan itu dipandang kosong.


** tunggu lah sambungan dia..nantikan dan selamat membaca!!! :)

Selasa, 14 Februari 2012

TIP-TIP KESIHATAN

hai, salam

Mungkin ramai tidak tahu bahawa batang, akar biji dan isi buah durian belanda berkhasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

1. Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue di Amerika Syarikat mendapati buah ini membantu merawat
    dan mencegah kanser serta menyuburkan pasangan  yang mahukan anak.
2. Penduduk di Banjaran Andes, Peru membuat serbuk teh daripadanya untuk mengubati sakit kerongkong.
3. Bijinya ditumbuk halus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
4. Penduduk Amazon menggunakan akar, kulit dan daun kerana dipercayai membantu diabetes.
5. Suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh dari daun dan pokok untuk dijadikan tonik bagi
    membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
6. Minyak daripada daun atau buahnya yang masih muda dicampurkan dengan minyak zaitun dan disapu
    ke tubuh badan bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal anggota.


hanya sekadar renungan dan selamat beramal..

Isnin, 6 Februari 2012

hati ada senang ohhh

hai salam uyk semua p'baca,

agak lama jgk, tak mencurah sesuatu di blog ini..tp apakah daya kan tidak mempunyai masa utk curahan hati.
tapi kan xthu lak nak post apa..yg pasti skank nie, hati saya sgt senang dan sonok sgt.
APA PUNCANYA..... haaa saya pon xthu la, np tp tp yg pasti hati saya senang...jgn jelus ...


gambar ini tiada kaitan pon. saje je letak.heeee.....

Rabu, 18 Januari 2012

Model + Campur

Malam yg penuh kebosanan ... so di sini ar letaknye meluahkan dan menconteng blog i yang buruk ini... disini tiada apa2 motis pon ...hanya sekadar kebosanan...giler!!

Modeling buluh haaa5!!


Job untuk talent dah tada em...macam maner nak asas nie...

Bertema kan Muslimah tp cam tak jadi jer

Team working Modeling + Photgrapher

Try it!!!

Try it tooo!!!!

Rabu, 30 November 2011

Bulan Disember

hai...semua, apa kabor !! sihat semuanye...
tibe2 jer malam nie nak tulis sesuatu kat blog nie..tp bukan ar seistimewa pon
just sekadar menulis sajer...

td masa i buka fb..ramai yang update status dyeowng kat wall , de yg manis dan de yg pahit....mungkin itu semua suatu kenangan mereka kan!!!. ntah ar bg i semua bulan adalah sama tiada perubahan pon just masa saje yg cepat berlaku.... kalo ada kelainan itu..mungkinnnn ar menyambut thun bru kan..so ada azam baru....haaaa!!!

tp kat fb dyeowng kan dye yng sebut azam heee!!! mungkin ada benarnya dan berlainan cara pon. ..
tp apa apa pon asalkan mereka sume gembira dengan cara kehidupan mereka.haaaa5!!
masa di tempat keje...gambar ini tiada kaitan di atas :)

bersama adik sepupu ku og kenduri di klang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...