hai to my all reader's..
ri nie kite sambung cite sal PARA WALI TAWAN GELOK
mari lah kite membaca sama2 eah!!
Sambil berfikir Azizah terus memerhatikan gelagat tujuh pemuda seiras itu. Bertambah pelik apabila dia melihat
kesemua lelaki tersebut tidak berkasut. Mereka selamba berkaki ayam sambil menundukkan kepala dalam satu
barisan tanpa langsung memandang ke arahnya.
Hampir lima minit Azizah terpaku. Pandangan wanita itu terus difokuskan ke arah tujuh pemuda tersebut yang sedang berjalan menuju lebuh raya Lenggong Gerik. Dia ingin mengetahui ke mana mereka. Sebaik sampai di tepi jalan besar, kelibat pemuda-pemuda itu terus hilang daripada pandangan. Puas dia menjenguk-jenguk tapi tujuh pemuda itu sudah tiada, takkan begitu laju mereka berjalan, bisik Azizah.
Serta-merta bulu romannya meremang.
Pelbagai persoalan masih berlegar-legar dalam fikirinya. Siapakah mereka? Manusia, jin atau .... ? Agak lama dia menyimpan rahsia itu, tapi fikirannya berserabut. Azizah lalu menceritakan hal itu kepada jiran-jirannya. Ramai yang ternganga mendengarnya. Selepas itu barulah ramai yang terserempak dengan tujuh berjubah itu. Seperti Azizah, semuanya tergamam semasa berdepan dengan pemuda-pemuda itu.
Daripada pengecaman yang di lakukan Azizah, wajah tujuh pemuda itu sama dengan yang diliha kebanyakan penduduk - wajah seiras seperti adik-beradikk kembar, berjubah putih, berseban dan tinggi lebih kurang 1.8 sentimeter. Bahkan kumpulan lelaki itu kerap dilihat keluar dari masjid lama kampung gelok selepas waktu solat, terutamanya Subuh.
Semuanya tertanya-tanya, siapakah mereka? yang pasti sejak masjid tersebut tidak digunakan, para pemuda itulah yang mengambil alih mengimarahkan masjid sepenuhnya. Bagaimanapun kehadiran mereka tidak mencetuskan sebarang perkara buruk. Selepas solat mereka beredar, terus hilang daripada pandangan. Mereka tidak akan menyapa sesiapa sekalipun berselisih, hanyaa tunduk berjalan sambil jari menuding tasbih. Penduduk pun tidak merasa takut.
Imam kampung gelok, Haji Muhamad Said Jusuh, 64, mengakui kehadiran tujuh lelaki berjubah putih memang benar-benar berlaku. " Sejak itulah kami para penduduk sini bersetuju memakmurkan semula masjid lama itu, " katanya lagi. " Bukan Puan Azizah saja, ramai yang mengaku pada saya tentang kejadian pemuda asing itu. Ada yang kata masjid ini keramat. Tak tahulah....tapi sejak tak digunakan, tujuh pemuda berjubah inilah yang selalu berjemaah di situ. Maklumlah masjid itu telah begitu lama ditinggalkan, kebanyakan penduduk gelok sembahyang di masjid baru," tambahnya.
heeeee...sabar ye.kite stop dulu... cite ni masih ada sambungannya.