SELAMAT DATANG KE LILYNERLY LILY.BLOGSPOT.COM

kekwawanKYUH

Isnin, 25 April 2011

hay  semua  to  my  reader's.
so  kali  nie nak post ataupon  share cite lah.
sebbye sy terbaca 1 artikel nie. jom sama2 kite layan ...

              PARA  WALI  tawan  MASJID  GELOK.


  hairan  sungguh  Azizah  Haji  Salleh, 78, apabila melihat seorang demi seorang pemuda berjubah putih berdedai-dedai keluar dari masjid lama di Kampung Gelok, Lenggong, Perak. Satu... dua.. tiga... dia mengira satu persatu di dalam hati. Tujuh semuanya! Siapakah  gerangan  yang bersembahyang  Subuh di masjid lama itu Azizah tertanya-tanya bersendirian.

    Pagi itu kira-kira tiga tahun lalu dia melihat dengan jelas kelibat  tujuh pemuda tersebut dari jarak 10 meter kerana hari telah mula cerah. Waktu itu pun jarum jam menghampiri angka tujuh.  Dia terus mengintai gelagat orang  asing itu.  Lagak mereka macam pendakwah tapi yang menghairankan wajah  mereka semuanya seiras.  Kesemua  lelaki  itu berjubah   menyerupai kumpulan jemaah yang menganggotai pertubuhan-pertubuhan dakwah. Azizah mengagak mereka  bukan calang-calang orang. Semuanya cukup segak, sebaya dan berusia dalam lingkungan 30-an.

  Wajah masing-masing cukup bersih seperti bercahaya-cahaya tanpa sehelai pun  misai atau janggut. Tasbih terjuntai di tangan kanan masing-masing. Sepanjang pengetahuannya, tiada anggota rombongan dakwah bertandang ke kampungnya dalam  sehari dua ini. Habis, kalau bukan pendakwah, siapa?? entahlah, dia sendiri  tidak dapat menjawabnya.

  Hendak dikatakan orang kampung  bukan, sebab wajah-wajah yang dilihat tidak pernah dikenalinya. Lagipun mana ada orang kampung yang memakai jubah seperti itu,  lengkap dengan berserban putih. Bukankah Masjid Kampung Gelok sudah 3 tahun terbiar? Lagipun  tidak masuk akal  kalau ada penduduk kampung bersembahyang di masjid  tersebut  yang  bersawang  dan  berdebu sana sini. Tikar sembahyang pun tak ada!!!


* hee so untuk yang selanjutnya akan di sambung besok eah.so bersabar
untuk menanti hee... sabar eahh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...