SELAMAT DATANG KE LILYNERLY LILY.BLOGSPOT.COM

kekwawanKYUH

Khamis, 18 April 2013

Hai,  nak  kongsi  entry ini  ( Jom  kita  sama2  baca dan  sayangi  lah  ibu kamu )...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu :
  1. Tolong pergi kedai : RM 4.00
  2. Tolong jaga adik : RM4.00
  3. Tolong buang sampah : RM1.00
  4. Tolong kemas bilik : RM2.00
  5. Tolong siram bunga : RM3.00
  6. Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum  memandang  si anak  sambil sesuatu berlegar-legar  di  mindanya. Si ibu mencappai sebatang  pen  dan  menulis  sesuatu di  belakang  kertas  yang  sama.
  1. Kos  mengandungkan mu  selama  9  bulan  -  PERCUMA
  2. Kos  berjaga  malam kerana  menjagamu - PERCUMA
  3. Kos  air mata  yang  menitis  keranan mu - PERCUMA
  4. Kos  kerungsingan  kerana  bimbingkan mu - PERCUMA
  5. Kos  menyediakan  makan  minum, pakaian  dan  keperluanmu - PERCUMA.
Jumlah  keseluruhan  Nilai  kasihku  - PERCUMA

Air mata  si  anak  berlinangan  setelah  membaca apa yang  dituliskan  oleh  si ibu.  Si anak  menatap  wajah  ibu  lalu  memeluknya  dan  berkata ...
"  Saya  sanyangkan  ibu".  Kemudian  si  anak  mengambil  pen  dan  menulis  " Telah  dibayar "  pada  muka  surat  yang  sama  ditulisnya.

JADI DI MANA  PUN  IBU  KIRANG  ADA  SEKARANG  INI  PERGI LAH  CARI DAN  PELUK  DIA  SELAGI  BELUM  TERLAMBAT.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...